AKTIVITI
aa_banner

AKTIVITI


Aktiviti Harian

5.30 pagi – Bangun pagi
6.00 pagi – Solat Subuh berjemaah di surau Yayasan. Kuliah agama selepas Solat Subuh pada hari Sabtu, Ahad dan hari Pelepasan Am
6.45 pagi – Sarapan pagi
7.00 pagi – Pergi ke sekolah
1.30 t/hari – Balik dari sekolah,solat Zohor berjemaah dan makan tengahari
2.30 petang – Sekolah agama, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain
5.00 petang – Solat Asar & minum petang
5.30 petang – Riadah
7.15 malam – Bersedia untuk Solat Maghrib berjemaah di surau Yayasan
7.30 malam – Makan Malam
8.30 malam – Solat Isyak Berjemaah
9.00 malam – Tuisyen dan prep
11.00 malam – Tidur
Aktiviti Mingguan

1. Bacaan Yasin, tahlil: Setiap hari Khamis, malam Jumaat dan sabtu selepas Solat maghrib di surau Yayasan.
2. Permintaan Kenduri Yaasin Dan Tahlil hanya diterima pada malam khamis, jumaat dan sabtu sahaja
3. Latihan nasyid, kompang dan lain-lain.
Aktiviti Bulanan

Gotong royong setiap minggu membersihkan di dalam kawasan serta sekitar Yayasan
Aktiviti Tahunan

1. Mempersembahkan nasyid pada sambutan hari-hari kebesaran islam di Masjid Al-Ghufran.
2. Pertandingan Futsal atau bola sepak antara dorm dan juga antara rumah –rumah anak yatim berdekatan.
3. Perjumpaan Hari Raya dan Rumah Terbuka Yayasan.
4. Perjumpaan dengan Ibu /penjaga dan penyampaian hadiah cemerlang.
5. Hari Keluarga Rumah Ilham (kakitangan dan anak-anak) yang biasanya diadakan di luar Kuala Lumpur.
6. Meraikan hari anak yatim Malaysia pada setiap 10 Muharam seperti menganjurkan pertandingan sukan antara rumah-rumah anak yatim.
7. Lawatan sambil belajar.
8. Tadarus al-Quran dan Majlis Khatam Quran yang diadakan pada setiap bulan Ramadhan.
9. Mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong sempena Hari Raya Korban anjuran Masjid al-Ghufran.
10.Menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul anjuran Masjid al-Ghufran.