KEMUDAHAN
aa_banner
1.Bilik-bilik asrama (dorm): Terdapat 3 buah dorm yang boleh menempatkan sehingga 20 katil dalam satu dorm.
2.Dewan Makan: Dewan makan menempatkan set kerusi meja lengkap dengan besin basuh tangan serta cermin muka.
3.Dewan Serba guna: Untuk kegunaan Perhimpunan mingguan, aktiviti sukan dalaman seperti pingpong, kelas tekwando, karom dan lain-lain serta tempat makan untuk majlis-majlis yang dihadiri tetamu.
4.Tempat rehat dan menonton TV: Menempatkan sebuah TV dan pemain VCD untuk anak-anak menonton dan juga berehat.
5.Bilik-bilik prep dan tuisyen: Terdapat 2 buah bilik prep dan 3 buah bilik tuisyen.
6.Surau: Boleh menempatkan lebih kurang 80 orang dalam satu-satu masa.
7.Perpustakaan & komputer: Tempat untuk anak-anak belajar dan membuat rujukan serta kerja-kerja yang melibatkan komputer.
8.Tempat ampaian.
9.Bilik dobi: Pakaian sekolah, pakaian rasmi, selimut dan cadar dicuci oleh seorang pencuci.
10.Pengangkutan (2 buah bas dan sebuah van): Pengangkutan diperlukan untuk ke sekolah (sesi pagi dan petang), lawatan dan juga jemputan.